BEDONG – Niat seorang lelaki membantu
mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat
di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah
di kepala akibat hentakan kuat.
Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33,
sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan
berlaku pergelutan sebelum terjatuh.
Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi
mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala
seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan
kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.
Selepas dua hari mendapatkan rawatan, Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam.
Mengimbau kejadian itu, dua peragut
berpura-pura sedang minum di sebuah kedai dekat pekan Bedong sebelum
meragut beg mangsa yang juga pengunjung di kedai makan terbabit
kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, suspek yang
dikatakan seorang anggota tentera bersama seorang lagi rakan sedang
minum sambil memerhatikan mangsa.
Selepas menghabiskan minuman, kedua-dua
suspek terus menghidupkan enjin motosikal sebelum sempat mencapai beg
tangan milik seorang wanita.
Difahamkan, ketika cubaan untuk melarikan diri, jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api melintas.
Kedua-dua suspek kemudian berpatah balik sebelum sempat dihalang pengunjung kedai makan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda,
Superintendan Ong Aik Chang berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit
kesalahan.
Arwah suka menolong orang
“Sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia
tidak pernah ungkapkan perkataan itu, namun malam sebelum kejadian dia
ada memberitahu bahawa saya adalah isterinya dunia dan akhirat,” kata
isteri Mohd Majdi.
Nor Baizura Rohim, 30, berkata,
allahyarham suaminya seorang yang mudah simpati kepada sesiapa sahaja
yang berada dalam kesusahan dan suka menolong orang tanpa mengira
bangsa dan agama.
Penolong Pegawai Anti Dadah, di C&C
Rehab Center Kampung Selamat, Seberang Perai Utara itu berkata, dia
tidak menyangka kata-kata itu merupakan petanda ajal suaminya yang juga
bertugas sebagai Penolong
Pegawai Anti Dadah di Klinik C&C 1Malaysia, Karangan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu
memikirkan bagaimana ia berlaku. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan
sesiapa atas kejadian ini dan menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT,”
katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga yang
tinggal di Bandar Utama, Sungai Petani berkunjung ke rumah ibu Nor
Baizura dekat Kampung Baru, Bedong.
Jatuh ketika tarik beg
Sebelum kejadian, katanya, arwah keluar
dengan anak kedua, Nur Asma Nuha, 5, tanpa memberitahu ingin minum di
sebuah kedai makan dekat Pekan Bedong kira-kira jam 12.30 tengah hari
Ahad lalu.
“Bagaimanapun, ada orang kampung yang
nampak kejadian datang memberitahu motosikal milik adik yang dinaiki
arwah terlibat dalam kemalangan.
“Apabila saya sampai di tempat
kejadian, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya difahamkan akibat
terjatuh ketika ingin menarik beg ragut dari penjenayah dalam keadaan
motosikal suspek sedang bergerak,” katanya.
Allahyarham Mohd Majdi yang koma sejak
kejadian tersebut kerana kecederaan parah di bahagian kepala dihantar
ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan namun disahkan
meninggal dunia.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru, Bedong selepas solat Asar.
Hasil perkongsian hidup bersama Nor
Baizura selama tujuh tahun, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak
iaitu Mohd Atip Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, dan Nahiz Nahfiz, 2.
Description: ‘Isteri Saya Dunia Akhirat’
Rating: 4.5
Reviewer: Unknown
ItemReviewed: ‘Isteri Saya Dunia Akhirat’
Permalink : ‘Isteri Saya Dunia Akhirat’
Responses
0 Respones to " ‘Isteri Saya Dunia Akhirat’"
Posting Komentar