WASHINGTON – Bekas pengarah Agensi
Perisikan Pusat (CIA) mendakwa Amerika Syarikat (AS) adalah
satu-satunya negara di dunia yang mampu melaksanakan serangan terhadap
kemudahan kuasa nuklear Iran.
Michael Hayden yang berkhidmat di CIA
sehingga 2009 lalu, mendedahkan pengakuannya menerusi satu temu bual
bersama akhbar tempatan Israel dan berkata bahawa masalah melibatkan
lokasi, senjata, simpanan stok penyerang dan koleksi perancangan
lengkap bakal berlaku jika negara rejim yang menyerang dan bukannya AS.
“Saya tidak memperkecilkan kuasa
Israel, tetapi keadaan geometri dan fizik menerangkan bahawa program
nuklear Iran bakal mengundang satu cabaran yang sukar kepada mana-mana
tentera,” kata Hayden kepada wartawan akhbar Haaretz.
Jelas Hayden, Israel tidak memiliki
sumber peperangan lengkap berbanding AS yang mampu melakukan serangan
lengkap secara berulang-ulang bagi memusnahkan kemudahan nuklear Iran.
Sejak berdekad, Israel dilihat tidak
berpuas hati dan panas punggung dengan apa sahaja kemajuan diusahakan
oleh negara Republik Islam itu khasnya melibatkan pembinaan senjata
berteknologi tinggi.
Susulan itu, pelbagai tindakan
dilakukan rejim bagi menggagalkan tindakan Iran sehingga menyebabkan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan beberapa sekatan
daripada meneruskan pembinaan senjata nuklear, selain Israel terus
bimbang dan mengancam untuk menyerang negara Islam itu.
Walau bagaimanapun, Hayden dengan
tegasnya menegah Israel berbuat demikian kerana yakin negara rejim
tidak akan berjaya memusnahkan kemudahan nuklear Iran dalam sekelip
mata.
Description: AS Mengaku Mampu Serang Nuklear Iran
Rating: 4.5
Reviewer: Unknown
ItemReviewed: AS Mengaku Mampu Serang Nuklear Iran
Permalink :AS Mengaku Mampu Serang Nuklear Iran
Responses
0 Respones to "AS Mengaku Mampu Serang Nuklear Iran"
Posting Komentar