3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak
ALOR GAJAH: Penemuan sekujur ‘mayat’
berbalut kain putih yang terdampar di tepi semak berdekatan jalan di
Paya Mengkuang-Kuala Sungai Baru, di sini, mencetuskan suasana gempar
terutama bagi tiga sahabat yang sedang memotong rumput di kawasan
berkenaan, semalam.
Kejadian disedari jam 11.45 pagi oleh
warga Bangladesh dikenali sebagai Mohd Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan
senegaranya yang sedang berehat di bawah pokok, 10 meter dari tempat
kejadian.
Menurut Rufiq, dia yang terkejut melihat
bungkusan kain putih berupa ‘pocong’ itu pada awalnya menyangka ia
mayat dikafankan dan dibuang ke dalam sungai oleh individu tidak
bertanggungjawab.
“Saya menghampiri bungkusan putih yang
kelihatan berdarah dan masih baru dan tidak lama kemudian seorang
penyelia sebuah ladang berhampiran tiba di tempat ‘mayat’ itu ditemui,”
katanya.
Dia berkata, curiga dengan bungkusan putih itu, mereka menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
“Pada mulanya, saya mahu membuka ikatan
bungkusan itu, tetapi membatalkan niat berkenaan kerana mendapati ada
beberapa tompokan seperti darah,” katanya.
Kata Rufiq, dia lega apabila hasil pemeriksaan polis mendapati bungkusan putih itu bukan mayat manusia.
“Bungkusan yang diikat kemas itu turut
mengandungi bunga-bungaan serta limau nipis yang dipotong dan dibalut
dalam sehelai kain batik serta diikat menyerupai mayat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak
negeri, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, ia satu
amalan syirik yang masih diguna pakai pihak tertentu.
“Segelintir penganut agama di negara ini
berpendapat ia satu ritual menghalau hantu dan membuang sial yang lebih
sinonim di kalangan masyarakat Melayu,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Ulasan admin : Sebagai umat Islam kita
sangat dilarang untuk mempercayai amalan karut dan khurafat yang
dinyatakan di atas kerana hukumnya adalah berdosa besar.Kemungkinan
besar iman seseorang akn pudar jika terus-menerus mengamalkan amalan di
atas.
Description: 3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak
Rating: 4.5
Reviewer: Unknown
ItemReviewed: 3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak
Permalink :3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak
Responses
0 Respones to "3 Orang Bangla Jumpa Pocong Tepi Semak"
Posting Komentar