Katanya, dia kemudiannya memaklumkan
kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan
sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala
sambal ikan bilis itu dijual semula.
“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara
pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka
pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini
tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat
rendah.
“Saya bersama beberapa rakan sekerja
memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi
tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Kami kecewa kerana sebelum ini,
pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika
menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.
Mangsa ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim.
Mohd Zailan berkata, beliau meminta
persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin
terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja
kilang.
Menurutnya, beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta masalah itu disiasat.
Sekiranya enggan berbuat demikian,
Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan
membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan makanan di kilang itu.
“Pisau dalam makanan bukan satu perkara
yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh mengetepikan keselamatan
pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan kakitangan berjawatan
tinggi,” katanya.
Sinar
Description: Pisau Lipat Dalam Sambal Ikan Bilis
Rating: 4.5
Reviewer: Unknown
ItemReviewed: Pisau Lipat Dalam Sambal Ikan Bilis
Permalink :Pisau Lipat Dalam Sambal Ikan Bilis
Responses
0 Respones to "Pisau Lipat Dalam Sambal Ikan Bilis"
Posting Komentar